Kuala Terengganu Diiktiraf Antara Bandar Paling Bahagia Di Malaysia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Bandaraya Kuala Terengganu diiktiraf antara 10 bandar paling bahagia di negara ini bagi tahun 2021.

Ketua Pengarah PLANMalaysia, Dr. Alias Rameli berkata, berdasarkan Indeks Kebahagian Bandar 2021, rata-rata penduduk ibu negeri Terengganu tersebut sangat berpuas hati dengan kualiti hidup mereka.

“Selain Kuala Terengganu, antara bandar lain yang berada dalam ranking 10 paling bahagia di negara ini ialah Putatan, Sabah yang berada di ranking pertama selain Kuala Kangsar dan Taiping, Perak dan Melaka.

“Penilaian dilakukan berdasarkan 14 komponen selaras dengan protokol Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya pada sidang akhbar sempena penyampaian Anugerah Bandar Bahagia 2021 peringkat Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Selain Kuala Terengganu, tiga daerah lain di negeri ini iaitu Marang, Dungun dan Setiu turut dikategori sebagai bahagia dengan lebih 80 peratus markah manakala baki tiga puladi kategori sederhana bahagia.

Alias berkata, antara kriteria penilaian ialah hubungan dengan jiran dan masyarakat, kemudahan kesihatan serta kualiti pemimpin setempat.

Jelas beliau, persepsi kebahagian adalah subjektif dan harapan masyarakat semi pembandaran seperti Kuala Terengganu berbeza berbanding warga kosmopolitan di Kuala Lumpur.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM