KUAT 2022 Buka Peluang Usahawan Terengganu Promosi Produk

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Karnival Usahawan Terengganu (KUAT) 2022 memberi peluang kepada insdustri dan usahawan-usahawan mempromosi serta memasarkan produk-produk mereka kepada pengguna domestik mahupun pelancong dari luar Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nur Khuzaini Ab Rahman berkata pemilihan lokasi karnival di dataran Drawbridge adalah bagi membantu mempromosikan food truck Drawbridge sebagai salah satu ‘hot spot’ pelancongan negeri Terengganu.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang lima hari (24 Mac hingga 28 Mac) karnival berlangsung antaranya Jualan Food Truck, Seminar Keusahawanan, Ceramah Agama, Fun Run, Fun Ride dan pelbagai lagi.

Turut berlangsung bersama karnival tersebut, Karnival Penjana Kerjaya Negeri Terengganu 2021, Karnival kerjaya dan Usahawan Wanita, seterusnya siri-siri Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Negeri Terengganu bagi membuka peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu.

Mengulas mengenai Gerbang Kerjaya, beliau berkata Kerajaan Negeri akan terus komited dalam membantu PERKESO Malaysia untuk membawa rakyat Terengganu ke dalam Ekosistem Data MyFutureJob agar dapat membantu meningkatkan keberkesanan analisa pasaran buruh di Terengganu.

Beliau berucap demikian pada Majlis Perasmian Karnival Usahawan Terengganu (KUAT) 2022 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, hari ini.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM