KUALA TERENGGANU – Syarikat pelaburan induk strategik Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Incorporated hari ini memeterai perjanjian tajaan bernilai RM2 juta bersama Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) bagi meningkatkan lagi momentum menghadapi saingan musim 2023 akan datang.
Tajaan bersama secara Kumpulan itu melibatkan usaha sama TDM Berhad, salah satu syarikat di bawah Kumpulan Terengganu Inc, dan juga bahagian penjagaan kesihatannya/ bahagian penjagaan syarikat terbabit iaitu Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare).
Sebagai penaja, Terengganu Inc serta dua anak syarikatnya dapat menaikkan jenamanya menerusi promosi serta penampilan logo syarikat pada tubuh jersi, platform media sosial, bahan bercetak, cenderahati pakaian, barangan dan lain-lain lagi.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed berkata tajaan berbentuk sokongan kewangan tersebut dinaikkan pada tahun 2023 melihat kepada prestasi tinggi yang konsisten dengan kedudukan pertama Asia dalam dan di tangga ke- 31 terbaik dunia dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
“Saya rasa ini satu pencapaian amat besar untuk Terengganu khususnya dan kepada negara kita amnya, dan kita amat berbangga dengan pencapaian ini.”
Tambah beliau, penajaan sedia ada tersebut bakal memacu TSG untuk menunjukkan persembahan terbaik pada edisi ke-26 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang dijadual berlangsung dari 11 hingga 18 Oktober ini.
“Sukan di negeri Terengganu terutama basikal ini amat penting kepada kita dan TI Group pun sendiri banyak menjalankan aktiviti sukan ini untuk kesihatan dan untuk sama-sama kita menaikkan taraf kejohanan sukan di negeri kita amnya” katanya.
Majlis perjanjian berlangsung di Studio TSG telah ditandatangani oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanudin Hilmi Mohamed @ Harun bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood.
Sumber : UNIT BERITA MANIS FM