Kumpulan Turki Menuntut Siasatan Dijalankan Akan Kematian Aktivis Uyghur di China

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Orang ramai berkumpul untuk mengadakan demonstrasi menyokong Uyghur dan menentang pelanggaran hak asasi manusia di China pada 27 Disember 2019 [Abdulhamid Hoşbaş / Anadolu Agency]

Pihak Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) menyatakan bahawa mereka mendekati Majlis Hak Asasi Manusia PBB mengenai kematian seorang pembela hak asasi manusia Uyghur di China serta meminta untuk menjaga keselamatan bagi pihak isteri dan anak-anaknya.

Tursun Kaliolla, seorang warga Uyghur yang tinggal di China ditahan setelah dia menulis petisyen kepada pemerintah China mengenai penangkapan yang tidak sah di wilayah Turkistan Timur.

IHH, dalam permohonannya menyatakan bahawa aktivis itu dibunuh di kem keselamatan.

Mereka menuntut penyiasatan terhadap kematian dan pengiriman mayat Kaliolla, autopsi yang benar dan tepat, serta perlindungan untuk keluarga mangsa.

Dalam pernyataan yang dikeluarkan pada 16 Disember, IHH menyatakan pelanggaran hak asasi manusia terus berlanjutan dalam setiap aspek kehidupan di Turkistan Timur, atau turut dikenali sebagai Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur, yang diduduki oleh Parti Komunis China pada tahun 1949.

“Penduduk Muslim di wilayah Turkistan Timur telah ditekan dan dianiayai melalui program asimilasi China, program eksport pekerjaan, migrasi secara paksa, dan dasar perancangan penduduk dalam negara yang mana negara itu berusaha untuk mengubah struktur demografi ,” tambah pernyataan itu.