KWSP umum penutupan sementara kaunter perkhidmatan di Pahang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup sementara kaunter perkhidmatannya di Pahang dari 4 hingga 14 Feb, 2021, susulan pengumuman Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengenai penangguhan semua urus niaga berkaitan kaunter pada 2 Feb, 2021.

KWSP berkata kaunter yang terlibat adalah di Kuantan, Pekan, Temerloh, Raub dan Jerantut.

“Dalam tempoh tersebut, ahli KWSP boleh berurus niaga secara dalam talian melalui i-Akaun untuk perkhidmatan terpilih atau menjadualkan semula lawatan mereka ke tarikh yang lain melalui kemudahan Janji Temu Online, jika ada keperluan untuk hadir ke pejabat KWSP secara langsung,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut KWSP ia mengambil langkah yang diperlukan untuk melindungi kesihatan dan keselamatan pekerjanya dan orang ramai, sambil menambah bahawa semua cawangannya akan terus melaksanakan prosedur penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard lain dalam mengurangkan penyebaran pandemik COVID-19.

Sumber: Astro Awani