Persembahan Teater di Syria Gambarkan Penderitaan Tahanan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Pelakon teater Syria melakukan persembahan mengenai tahanan yang ditahan di penjara Rejim Assad di sebuah pusat kebudayaan di Idlib, Syria pada 27 Mac 2021 [Muhammed Said / Anadolu Agency]

IDLIB, 17 Sya’ban 1442 H, Selasa : Pelakon teater di Syria menggunakan platform teater serta bakat mereka untuk menceritakan keperitan dan penderitaan yang ditanggung oleh penduduk Syria yang ditahan di penjara, lapor agensi berita Anadolu.

Pelakon teater, Zakaria Saflo menyatakan bahawa dia dan rakan-rakannya akan memberi fokus pada isu tahanan sehingga semua orang dibebaskan dari penjara rejim.

Pengarah teater iaitu Ibrahim Sarmini menyatakan bahawa pertunjukan teater yang diarahkannya adalah untuk menceritakan keadaan psikologi tahanan. Persembahan teater tersebut menceritakan kaedah penyeksaan yang digunakan pihak rejim.

Walau bagaimanapun, pertunjukan teater ini masih tidak cukup untuk menggambarkan keperitan dan penderitaan yang ditanggung oleh para tahanan di penjara Bashar Al-Assad.

Persediaan untuk persembahan teater ini telah dilakukan sejak enam bulan yang lalu. Persembahan pertama bermula pada 27 Mac 2021.

Menurut sumber dari pihak pembangkang Syria, sekurang-kurangnya 500,000 orang, termasuk wanita, kini ditahan di penjara dan pusat siasatan rejim.

Sumber: MEMO