RIYADH, 3 Sya’ban 1442 H, Rabu : Kumpulan arkeologi Arab Saudi menemukan tapak laluan purba yang menghubungkan Kufa di Iraq ke Mekah sejauh 1,600 kilometer.
Lapor Arab News, Penemuan laluan yang dinamakan Laluan Zubaida itu secara tidak langsung menunjukkan bagaimana agama Islam berkembang di tanah Arab.
Baru-baru ini, beberapa siri projek penggalian dilakukan di tapak tersebut, terutamanya di wilayah Hail dan pasukan arkeologi dijangka menemukan lebih banyak laluan yang pernah digunakan oleh ribuan jemaah untuk menunaikan haji setiap tahun sebelum ini.
Projek itu adalah kerjasama antara Kementerian Pelancongan Arab Saudi dengan pakar arkeologi dari Universiti Hail berserta beberapa pakar luar negara.
Reaktor universiti tersebut, Dr. Khalil al-Ibrahim berkata, masih banyak bandar dan tapak sejarah di sepanjang Laluan Zubaida belum diterokai.
“Pelbagai tapak arkeologi termasuk bandar purba yang dipervayai berusia 10,000 tahun lalu ditemukan di sepanjang laluan tersebut dan penemuan itu memberi peluang kepada kami untuk menerokai lebih luas,” katanya.