Pemimpin Yahudi Menjadikan Hari Peringatan Holocaust sebagai Hari Peringatan Terhadap Warga Uyghur yang teraniaya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tokoh terkemuka dalam komuniti Yahudi UK menjadikan Hari Peringatan Holocaust pada 27 Januari sebagai hari peringatan dan memfokuskan penganiayaan yang berlaku terhadap umat Islam Uyghur. Menurutnya, orang Yahudi mempunyai “kewibawaan dan tanggungjawab moral” untuk bersuara.

Rabbis Yahudi sebagai pemimpin masyarakat dan mangsa Holocaust telah berada di barisan hadapan alam usaha untuk memberi tekanan kepada pemerintah UK agar mengambil sikap yang lebih tegas terhadap perlakuan kejam China terhadap Warga Uyghur.

Dalam surat kepada perdana menteri baru-baru ini, Marie van der Zyl, presiden Dewan Wakil Yahudi Britain, mennulis: “Sebagai sebuah komuniti, kami sering ragu-ragu untuk membandingkan penganiayaan ini dengan Holocaust.” Namun, ada persamaan antara apa yang dilaporkan berlaku di China dan apa yang berlaku di Nazi Jerman pada tahun 1930-an dan 40-an, katanya.

Mereka mendesak Boris Johnson, Perdana Menteri UK untuk mengambil tindakan, dan menegaskan pelanggaran hak asasi Uyghur “Adalah kemarahan paling serius pada zaman ini”.

René Cassin, sebuah organisasi hak asasi manusia Yahudi, akan menjadi tuan rumah bagi program dialog antara agama sempena Hari Peringatan Holocaust bagi menyoroti penahanan lebih dari satu juta warga Uyghur dan kaum dari minoriti lain di kem di Xinjiang yang terletak barat laut China.

Mia Hasenson-Gross, pengarah eksekutif René Cassin, memberitahu bahawa menjadikan Hari Peringatan Holocaust dan menumpukan terhadap kaum lain yang dianiaya “sangat penting” bagi orang Yahudi.

Tambahnya lagi : “Kami tahu bagaimana rasanya, kami pernah mengalaminya. Perbezaannya adalah sekarang kita masih ada masa untuk bertindak. Orang Yahudi mempunyai kewibawaan moral dan kewajipan moral untuk bersuara sekarang. Masyarakat awam, ahli perniagaan dan pembuat keputusan tidak boleh diam seperti tahun 1930-an dahulu. “

Jonathan Wittenberg, rabbi agama Yahudi Masorti, yang turut bersuara, berkata: “Kami memahami apa yang dimaksudkan dengan penganiayaani. Secara moralnya, kita tidak wajar untuk diam ketika kejahatan dilakukan terhadap orang lain, tidak kira siapa pun mereka. ” Komuniti Yahudi UK “berdiri teguh di belakang” untuk menyeru adanya tindak demi melindungi warga Uyghur, kata Wittenberg, beberapa kerabatnya terbunuh di Auschwitz.

Minggu lalu, setiausaha negara AS yang akan pergi, Mike Pompeo, dan penggantinya dalam pentadbiran Biden yang baru, Anthony Blinken, telah menyatakan bahawa China melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap Uyghur.

Uighur dan kaum Muslim lainnya dilaporkan menghadapi kelaparan, penyiksaan, pembunuhan, keganasan seksual, dijadikan buruh hamba dan diambil organ secara paksa namun China menganggap tindakan itu hanya sebagai “pendidikan semula” kem. Ramai bekas tahanan mendakwa wanita disteril secara paksa.

China menegaskan bahawa terdapat militan Uyghur melakukan kempen kekerasan untuk memerdekakan negara mereka dengan merancang kerusuhan sivil dan sabotaj.