LaWa Kini Pusat Program Akitviti Pemerkasaan Wanita di Kelantan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) Kelantan telah mewujudkan Laman Wanita (LaWa) sebagai pusat aktiviti setempat yang menawarkan pelbagai program pemerkasaan wanita melibatkan kemahiran bagi menjana pendapatan, advokasi, kepimpinan dan sebagai pusat informatif berkait isu-isu wanita.

Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan sempena program terbabit termasuk demo pembuatan produk pastri, biskut dan kuih muih, aktiviti seni jahitan pakaian dan jahitan kreatif dan kelas bunga ‘crochet’.

Memetik kenyataan ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Rohani Ibrahim menjelaskan program ini dilaksanakan bersempena dengan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024. Sementara itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, penubuhan LaWa selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Pelan Strategik KPWKM di bawah Teras 2 Memperkasa Wanita.

“Program hasil inisiatif Pejabat Pembangunan Wanita Kelantan itu dilaksanakan sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Maziah Che Yusoff; Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Dr Wan Nur Ibtisam Wan Ismail’ Ketua Pengarah LPPKN Malaysia, Abdul Shukur Abdullah’; dan Pengarah Institut Sosial Malaysia, Dr Faridah Awang.

LaWa yang beroperasi di Pengkalan Chepa telah dirasmikan oleh  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri.

– HARAKAH DAILY