PBB: Lebih 1 juta rakyat Palestin berada di bawah garis kemiskinan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Seorang lelaki menaiki basikalnya melewati kedai-kedai yang ditutup ketika rakyat Palestin melakukan mogok bagi memprotes Bengkel Ekonomi Bahrain untuk ‘Rancangan Damai’ US,Timur Tengah , di Khan Younis di selatan Jalur Gaza, 25 Jun 2019 [Fail: Ibraheem Abu Mustafa / Reuters]

Menurut laporan baru PBB, akibat sekatan Jalur Gaza oleh Israel, jumlah kos belanja penduduk Palestin yang lebih dari $16bn itu telah menyebabkan lebih dari satu juta rakyat Plaestin berada di bawah garis kemiskinan lebih dari 10 tahun.

Dokumen yang dikeluarkan pada hari Rabu oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD) kepada Majlis Umum meliputi tahun-tahun antara 2007 dan 2018.

Pihak PBB meminta penghentian bagi sekatan yang terus berlanjutan sehingga terganggu kegiatan ekonomi di Gaza. Bahkan kadar kemiskinan juga telah meningkat sebanyak 56 peratus.

“Situasi akan bertambah buruk jika sekatan itu berterusan,” kata Mahmoud Elkhafif, penyelaras Bantuan kepada Rakyat Palestin UNCTAD.

“Sekatan yang berlaku secara tidak adil ini melibatkan dua juta rakyat Palestin ditahan di dalam Gaza harus segera dihentikan. Mereka harus diizinkan bergerak bebas, berniaga, berniaga dengan dunia luar dan berhubung kembali dengan keluarga mereka di luar Jalur Gaza, ”tambah Elkhafif.

Sejak bulan Jun 2007, orang-orang Gaza telah terkurung di kawasan seluas 365 kilometer persegi di Jalur dan dikenakan sekatan darat, udara dan laut. Kemasukan barang dikurangkan sehingga kadar minimum, manakala perdagangan dan eksport luaran dihentikan. Sementara itu, penduduk mempunyai akses terhad kepada air bersih dan kekurangan bekalan elektrik serta sistem pembentungan yang diurus dengan baik.

Menurut Richard Kozul-Wright, pengarah Bahagian Strategi Globalisasi dan Pembangunan di UNCTAD. “Sangat mengejutkan bahawa pada abad ke-21, masih terdapat dua juta manusia yang masih berkeadaan begitu”

Lebih dari 1,500 perusahaan komersial dan perindustrian mengalami kerosakan, manakala 150,000 unit isi rumah dan infrastruktur awam termasuk tenaga, air, sanitasi, kesihatan dan kemudahan pendidikan dan bangunan kerajaan.

Akibat pengepungan dan perang di Gaza, kadar kemiskinan melonjak dari 40 peratus pada tahun 2007 kepada 56 peratus pada tahun 2017, yang membawa maksud bahawa lebih dari 1 juta penduduk Palestin tidak mampu untuk bertahan.

Laporan itu menganggarkan, segmen populasi ini yang melebihi garis kemiskinan memerlukan suntikan dana berjumlah $838 juta, empat kali ganda daripada jumlah yang diperlukan pada tahun 2007.

Sementara itu, kawasan Jalur Gaza yang tidak mencegah pandemik koronavirus sehingga wabak itu boleh sampai ke Gaza, telah memburukkan lagi keadaan yang sudah kritikal. Sehingga Isnin, 14.768 orang telah dijangkiti COVID-19, dengan 65 kematian.

Organisasi kesihatan di Gaza memberi amaran akan bencana yang akan berlaku sekiranya Israel terus menyekat akses kemanusiaan serta kemasukan peralatan kesihatan dan bekalan perubatan yang diperlukan. Hospital dan kakitangan kesihatan juga memerlukan pakaian pelindung, ventilator dan tempat tidur.

Ketika berucap kepada wartawan PBB di Geneva, pegawai UNCTAD mengatakan dia berharap akan ada perubahan dalam hubungan Israel-Palestin di bawah pemerintahan Presiden AS yang terpilih Joe Biden.

Pada tahun 2018, pentadbiran Trump menarik dana UNRWA, agensi PBB yang menyokong lima juta pelarian Palestin di Gaza, Tebing Barat, Lebanon, Syria dan Jordan.

“Pemotongan $ 200 juta itu memberi kesan besar kepada ekonomi Palestin. “Namun, sebelum 2016 lagi, hak asasi rakyat Palestin dan undang-undang antarabangsa seperti yang dinyatakan dalam resolusi PBB tidak diendahkan dan menimbulkan ketegangan politik.”

Laporan itu meminta penghentian sekatan agar ekonomi Gaza boleh dipulihkan kembali dan dilakukan semula pembinaan infrastruktur penting.

Mereka juga menuntut pemulihan hak asasi manusia di Gaza, hak mereka untuk bebas bergerak, penjagaan kesihatan, belajar dan bekerja, dan mengesyorkan agar negara Palestin dapat mengembangkan bidang pesisir yang ditemui pada tahun 1990-an di wilayah Palestin.

Sumber : Al Jazeera