Lebih 1,000 Peluang Pekerjaan Ditawarkan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan melalui sesi temuduga di bawah Program Outreach Peringkat Negeri Kelantan 2022 di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Gua Musang, 28 Februari ini.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) negeri Kelantan, Nora Yaacob berkata, jawatan yang dibuka membabitkan syarikat seperti DRB Hicom Berhad, Maxis Broadband Sdn Bhd, Hicom Automotive Manufactures (Malaysia) Bhd dan QL Maxincome Sdn Bhd (Family Mart).

Katanya, golongan yang sedang mencari pekerjaan dialu-alukan untuk mengambil peluang menghadiri temuduga bermula 10 pagi sehingga 3 petang.

“Program ini adalah kerjasama antara PERKESO Kelantan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Pusat ADUN Galas serta MyfutureJobs dalam membantu membuka peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang terutama kepada anak muda dan graduan baharu.

“Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.myfuturejobs.gov.my bagi mendapatkan informasi tentang pelbagai jawatan kosong di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pencari kerja di Kelantan pula boleh menyertai kumpulan Telegram PERKESO Kelantan Career Centre (Pusat Kerjaya Kelantan) untuk mengetahui kerja kosong dan temu duga di negeri itu.

“Program temuduga yang dijalankan itu juga bersempenadengan pelancaran Pusat Satelit MyFutureJobs di Gua Musang yang mana menjadi tanggungjawab PERKESO sebagai penyedia Perkhidmatan Pekerjaan Awam, bagi meningkatkan akses dan kebolehcapaian masyarakat kepada peluang pekerjaan yang terdapat di seluruh negara.

“Pusat terbabit berfungsi sebagai One-Stop-Centre untuk komuniti setempat tuju jika mahu mencari peluang kerja selain menyediakan akses internet yang baik terutama kepada mereka di kawasan pendalaman yang sering berhadapan dengn masalah liputan rangkaian internet,” katanya.

Sumber: HARIAN METRO