Lebih 15 juta populasi dewasa lengkap vaksin COVID-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Seramai 15,032,301 individu atau 64.2 peratus daripada populasi dewasa negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, memaklumkan seramai 19,741,754 individu atau 84.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam 34,752,340 dos.

Menurut JKJAV, 60.5 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 46.0 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 261,768 dos dengan 115,473 daripadanya adalah dos pertama manakala 146,295 telah melengkapkan penerimaan dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

– BERNAMA