Lebih 20 orang cedera dan beberapa kediaman musnah akibat letupan besar di kawasan perumahan di Gaza yang ditadbir kerajaan Hamas.
Menurut pihak berkuasa Palestin, letupan secara tidak sengaja itu berlaku di kediaman satu seorang ahli kumpulan bersenjata Gaza.
“Letupan berlaku di sebuah rumah di Beit Hanoun pagi ini, mengakibatkan sejumlah penduduk cedera,” kata Kementerian Dalam Negeri yang memberitahu siasatan sudah dilancarkan untuk mengetahui punca letupan.
Sumber perubatan menyatakan, lebih 20 orang cedera, dua daripadanya parah.
Saksi menyatakan beberapa rumah rosak akibat letupan di rumah ‘aktivis’ dan polis kini mengepung kawasan itu.
“Tidak ada penjelasan rasmi mengenai letupan itu, tetapi tentera Israel menyatakan itu adalah kerja militan yang ‘menyimpan senjata di tempat kediaman’.
“Rumah ‘telah berubah menjadi gudang untuk senjata’… dan peluru berpandu dibekalkan untuk organisasi pengganas, dan mereka kini membayar harga tinggi yang akhirnya orang awam yang tidak bersalah menjadi mangsa,” kata jurucakap tentera Arab, Avichay Adraee di Twitter.
Kumpulan Hamas kini menguasai Gaza selepas berjaya merampas bandar itu dari Kumpulan Fatah dalam perang saudara pada 2007. – AFP