Lebih 26 Peratus Kanak-Kanak di Malaysia Lengkap Vaksinasi COVID-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 929,427 atau 26.2 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, sebanyak 1,553,175 atau 43.8 peratus daripada kumpulan itu telah menerima satu dos vaksin.

Bagi remaja pula yang berumur antara 12 hingga 17 tahun, seramai 2,897,493 atau 93.1 peratus sudah lengkap vaksinasi manakala  2,994,981 atau 96.2 peratus menerima satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi golongan dewasa, sejumlah 16,043,079 stsu 68.2 peratus sudah menerima dos penggalak manakala 22,968,088 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,244,086 atau 98.8 peratus sudah menerima satu dos vaksin COVID-19.

Pada setakat semalam, sebanyak 26,584 dos sudah diberikan melibatkan 7,266 dos pertama, bagi dos kedua pula adalah seramai 17,896 dan bagi dos penggalak adalah sebanyak 1,422 yang menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICKids) sebanyak 70,,416,939.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak empat kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes dilaporjan di Selangor dan satu kes masing-masing di Kedah dan Perak.

Sumber: BERNAMA