Lebih 3 juta penduduk Idlib hanya bergantung pada bantuan untuk memenuhi keperluan asas

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Lelaki Syria meninjau kerosakan selepas kebakaran berikutan letupan yang dilaporkan di depot berhampiran sebuah kem berhampiran al-Fua, di wilayah Idlib, barat laut negara itu, 3 Mei 2021.

Hampir 75% daripada jumlah penduduk di wilayah Idlib di barat laut Syria bergantung pada bantuan kemanusiaan untuk memenuhi keperluan asas mereka kerana 1.6 juta orang terus tinggal di kem atau penempatan tidak rasmi, Pejabat PBB memberitahu pada Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).

Seorang pegawai OCHA memberitahu Daily Sabah bahawa kira-kira 3.4 juta orang, 4.2 juta penduduk, memerlukan bantuan. Manakala hampir 2.7 juta tidak mempunyai tempat tinggal tetap. Seramai 1.6 juta penduduk tinggal di kem atau penempatan tidak rasmi.

Sebahagian besar (kem) ini sesak dan keperluannya sangat tinggi. Dari jumlah penduduk (4.2 juta) kira-kira 75% bergantung pada bantuan kemanusiaan untuk memenuhi keperluan asas mereka, kata badan PBB.

Kehidupan orang-orang Syria yang sememangnya menghadapi banyak kesukaran di kem-kem, menjadi lebih sukar akibat pandemik yang masih lagi berlanjutan.

Bencana kemanusiaan yang berlaku menyebabkan ada penduduknya yang cuba bertahan dengan berlindung di bawah pokok atau khemah yang tidak kukuh yang dibina di atas lumpur.

Banyak NGO terus memberikan bantuan kemanusiaan dan melakukan usaha kemanusiaan di rantau ini. Mereka turut memerlukan bantuan perubatan kemanusiaan segera.

Terbaru 1,000 trak bantuan disediakan setiap bulan melalui laluan sempadan Bab al-Hawa, satu-satunya laluan penyeberangan sempadan bagi bantuan kemanusiaan menurut OCHA.

Antara bantuan yang diberikan meliputi bekalan makanan, peralatan perubatan, bekalan air dan sanitasi, khemah, selimut, barang bukan makanan, bekalan pertanian dan barang-barang yang berkaitan.

Menurut badan OCHA, selain menghantar bekalan, PBB turut membiayai gaji doktor dan guru, menjalankan program untuk mangsa keganasan, menyediakan kos operasi untuk kemudahan kesihatan dan sokongan berkaitan yang diperlukan.

Kesan pandemik

Badan OCHA menyatakan bahawa COVID-19 menjadikan keperluan hak kemanusiaan di seluruh Syria semakin meningkat dan berganda.

“Jangkitan wabak ini sangat memberi kesan terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan kem dimana kem tersebut berpenduduk padat dan penyediaan perkhidmatan asas juga sangat lemah.

UNICEF, menyatakan bahawa Syria setakat ini telah menerima 256 800 dos vaksin COVID-19, dan merupakan dan merupakan penerima pertama melalui penghantaran COVAX pertama bagi negara yang dilanda perang. Penyerahan vaksin AstraZeneca ini lebih diutamakan kepada pekerja kesihatan barisan hadapan di seluruh Syria.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyasarkan untuk melakukan kempen vaksinasi di Syria bagi menyuntik 20% daripada jumlah penduduk yang tinggal di negara itu pada akhir tahun ini.