Lebih 3 Ribu Penduduk Mendapat Manfaat Melalui Program PROSPEK KETENGAH

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

DUNGUN – Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) merupakan projek di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang memfokuskan perkampungan sedia ada dalam membangunkan ekonomi, insfastruktur dan modal insan.

Komponen PROSPEK di KETENGAH ialah ternakan, ekonomi, perumahan, prasarana asas, pelancongan dan modal insan.

Kampung yang terbabit ialah Kampung Pasir Raja, Kampung Shukor, Kampung Jongok Batu, Kampung Kuala Jengal, Kampung Minda dan Kampung Talong yang telahpun memberi manfaat kepada seramai 3,018 orang penduduk.

Penyampaian bantuan premis perniagaan (IKS) dengan peruntukan berjumlah RM150,000 kepada 30 orang penerima (RM5,000 seorang) dan seramai 7 orang penduduk melalui  Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan peruntukan sebanyak RM392,000.

Program Keluarga Malaysia Kampung PROSPEK Wilayah KETENGAH telah dirasmikan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara sempena Bulan Kebangsaan, KETENGAH turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada barisan kepimpinan masyarakat dan agensi-agensi kerajaan.

Pertandingan memasak bubur Asyura turut dijalankan dan pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Kampung Rantau Panjang yang membawa pulang hadiah bernilai RM400.

YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa juga telah menyampaikan bantuan kepada penduduk yang sakit melarat dan golongan orang kelainan upaya (OKU).

Hadir sama ialah Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Tanah dan Wilayah, KPLB, Tarmizi  Ab Rahman.

Sumber : UNIT BERITA MANIS FM