Lebih 35 Peratus Populasi Kanak-Kanak di Malaysia Terima Vaksin COVID-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,272,121 individu atau 35.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah  menerima dos pertama dos vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW , bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun sejumlah 2,845,415 individu atau 91.5 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,943,210 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 15,530,830 individu atau 66 peratus populasi dewasa di dalam negara pula tea menerima dos penggalak dan seramai 22,945,101 atau 97.5 peratus sudah lengkap vaksinasi manakala 23,221,040 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 28,377 dos vaksin telah dierikan semalam melibatkan 5,645 suntikan pertama iaitu 1,357 suntikan lengkap dan 21,375 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah meninkat kepada 68,546,897 dos vaksinasi.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, seramai 73 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Perak merekodkan kematian tertinggi sebanyak 19 kes diikuti Selangor dan Johor masing-masing dengan 11 kes.

Kedah pula merekodkan sembilan kes, di Pulau Pinang merekodkan lapan kes, masing-masing tiga kes di Kelantan, Melaka, Sabah dan Terengganu manakala Negeri Sembilan, Perlis dan Sarawak, masing-masing merekodkan satu kes.

Sumber: BERNAMA