Lebih 5.4 juta sudah terima dos pertama vaksin

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Lumpur: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 sehingga semalam adalah sebanyak 7,593,179 dos.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, untuk semalam sahaja sebanyak 197,274 dos suntikan diberikan kepada penerima.

Menerusi Twitter milik beliau, jumlah kumulatif penerima yang sudah mendapatkan dos pertama vaksin adalah 5,463,128 orang.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 2,130,051 orang juga sudah terima dua dos vaksin.

Sumber: My Metro