Lelaki kekal catat kematian tertinggi Covid-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kematian akibat Covid-19 iaitu 72 kes berbanding semalam 60 kes dengan sebanyak 64,523 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi di 23 kes, 15 kes di Kuala Lumpur, tujuh kes di Negeri Sembilan, enam kes di Pahang, masing-masing lima kes di Johor dan Sarawak, tiga kes di Labuan, masing-masing dua kes di Kelantan dan Pulau Pinang, serta masing-masing dua kes di Kelantan dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu kes di Sabah, Perak, Melaka dan Kedah.

“Seramai 46 lelaki termasuk tujuh warga asing dan 26 wanita termasuk satu warga asing berusia antara 29 hingga 90 tahun melibatkan 37 warga emas dan 18 kes tiada latar belakang penyakit.

“Baki 54 kes mempunyai penyakit seperti kencing manis, dislipdemia, jantung, kanser, asma, obesiti, strok, buah pinggang, paru-paru kronik dan hepatitis,” katanya dalam satu kenyataan.

Noor Hisham berkata, Malaysia merekodkan kes sembuh Covid-19 iaitu 6,918 kes sekali gus mengatasi kes positif iaitu 5,911 kes.

Katanya sebanyak 886 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 441 kes memerlukan bantuan pernafasan.

” Selangor terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,111 kes diikuti Negeri Sembilan (770), Sarawak (569), Johor (498), Kuala Lumpur (483), Perak (245), Kelantan (223), Kedah (204) dan Sabah (201).

“Baki negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Labuan (185), Pulau Pinang (167), Melaka (134), Terengganu (62), Pahang (56), Putrajaya (3) manakala Perlis, sifar kes,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia