Lelaki Maut Dipercayai Terkena Serangan Strok Haba

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BACHOK: Seorang lelaki maut dipercayai terkena serangan strok haba semasa sedang menunggu anaknya pulang dari sebuah sekolah di sini hari ini.

Mangsa Kamarulzaman Yusoff, 40, dilaporkan mengalami kekejangan sebelum rebah dan meninggal dunia di lokasi.

Adiknya Marzuki, 32, ketika dihubungi berkata, kejadian itu diketahuinya pada pukul 2.06 petang selepas menerima panggilan yang memaklumkan kejadian tersebut.

Menurutnya, dia bersama tujuh lagi adik beradik lain termasuk ibu yang berada di Shah Alam kini dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Tawang.

“Abang merupakan anak sulung daripada sepuluh adik beradik dan bekerja sebagai penjual air mangga,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, di sini, meninggal dunia semalam selepas dipercayai akibat strok haba.

Sumber: UTUSAN