Letak 5 Tumbuhan Ini Dalam Bilik Untuk Tidur Yang Nyenyak

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tumbuhan hijau boleh menenangkan mata dan dikatakan juga baik untuk pengawalan emosi dan mental.

Bukan sahaja dijadikan sebagai dekorasi, tumbuhan yang diletakkan dalam sesebuah ruang mempunyai fungsi dan manfaat tersendiri. Jika anda letakkan beberapa tumbuhan pilihan yang Wanista senaraikan ini, nescaya ia dapat membantu bentuk tidur yang berkualiti.

Jangan lupa tumbuhan ini juga penapis udara semulajadi, menapis segala pencemaran , bau hapak bagi memastikan pernafasan kita terjamin bersih!

#1 Pokok Lili Paris

Antara yang terbaik memulihkan udara yang tercemar malah dari kajian sains ia boleh menyingkir 90% komponen udara penyebab kanser. Selain itu ia membersihkan udara dari sebarang bau busuk atau hapak.

#2 Pokok Lidah Jin

Paling mudah dijaga! Tanpa anda sedar, pokok ini mampu mengembalikan kualiti udara yang baik terutamanya ruang dalaman. Ia mengeluarkan oksigen pada waktu malam dan pada yang sama mengambil karbon dioksida. Kaedah ini memberi kualiti udara dan tidur yang lebih baik.

#3 Aloe Vera

Punya fungsi yang sama dengan pokok lidah jin, ia juga mudah tumbuh dan dijaga tanpa memerlukan banyak air tapi wajib disinari matahari. Malah, gel dari aloe vera juga boleh digunakan untuk mengubati luka, kesan melecur, bekas gigitan serangga, masalah kulit kering dan banyak lagi. Dua dalam satu!

#4 Pokok Duit-duit (Golden Pohtos)

Tumbuhan ini cantik jika dijadikan hiasan gantung. Sama seperti yang lain ia membantu dalam beri ketenangan dan tidur. Apa yang perlu jika hendak membela pokok ini ialah dengan biar dibawah pancaran matahari pagi dan siramkan air seminggu sekali.

#5 Pokok Gardenia/Jasmin

Kajian mendapati ia mampu meningkatkan kualiti tidur dengan memperbaiki masalah tekanan dan insomnia. Memliki bau yang wangi dan menenangkan si penghidu. Namun, anda kena pastikan pokok terkena cahaya tapi bukan direct sunlight.

Sumber: Wanista