Letupan Kuat Gegarkan Riyadh

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sekurang-kurangnya satu letupan kuat menggegarkan Riyadh pada Selasa, tiga hari selepas Arab Saudi memintas satu serangan di ruang udara, ibu negara itu.

Letupan itu menggegarkan tingkap kediamn ibu negara Arab Saudi itu, sekitar jam 1 tengah hari, lapor koresponden AFP dan penduduk setempat.

Di sosial media, beberapa penduduk turut mendakwa mendengar bunyi dua letupan.

Setakat ini, tiada maklum balas dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi, yang menerima beberapa serangan peluru berpandu atau dron sejak pemberontak Houthi di Yaman sejak 2015.

Sabtu lalu, media negara itu melaporkan, gabungan diketuai Arab Saudi yang menyokong kerajaan Yaman menentang pemberontak Houthi, memaklumkan berjaya memintas dan memusnahkan ‘sasaran udara musuh’ yang menuju ke arah Riyadh.

Bagaimanapun, kenyataan ringkas itu tidak menyatakan sumber serangan itu, manakala pemberontak Houthi memaklumkan tidak terbabit dengan serangan berkenaan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khaled di Riyadh memaklumkan, beberapa penerbangan terpaksa ditangguhkan susulan insiden Sabtu lalu itu.

Arab Saudi mengetuai campur tangan tentera menentang pemberontak Huthi sejak 2015 dan sudah beberapa kali menjadi sasaran serangan rentas sempadan. – AFP