Paris – Kelab bola sepak Ukraine memutuskan untuk menamatkan musim yang digantung sejak pencerobohan dari Rusia bermula pada Februari lalu tanpa memberikan sebarang kejuaraan kepada mana-mana kelab.
“Kedudukan setakat 24 Februari 2022 akan menjadi kedudukan terakhir musim 2021/2022 tanpa sebarang pemenang akan diberikan,” kata Liga Perdana Ukraine dalam satu kenyataan.
“Keputusan yang sama dikemukakan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Ukraine.
Shakhtar Donetsk mendahului Dynamo Kyiv dengan dua mata apabila musim itu terganggu.
Kedua-dua kelab berkenaan mungkin akan diberikan tempat untuk beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.
Kelab tidak dimulakan semula selepas cuti musim sejuk dan Presiden Volodymyr Zelensky segera melaksanakan undang-undang tentera di Ukraine selepas Rusia melancarkan sebarang berdarah ke atas Ukraine pada 24 Februari.
Sumber: HARIAN METRO