Lima Masjid Di Terengganu Ditutup Sementara

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Lima masjid di daerah ini ditutup selama tiga hari bermula 14 Januari berikutan terdapat kes positif COVID-19 di Madrasatul Quran Kubang Bujuk yang mempunyai sejarah menunaikan solat di masjid terbabit.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, ia melibatkan Masjid Baru Serada, Masjid Banggol Katong, 
Masjid Al-Hidayah Banggol Mempelam, Masjid Beladau Selat dan Masjid Al Muttaqin Kepong.

Katanya, masjid tersebut ditutup sehingga 16 Januari (waktu Isyak) bagi memberi laluan kepada proses sanitasi dan nyahkuman selain mengelakkan perebakan penyakit berjangkit.

“Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu diharap mematuhi arahan kerja membasmi kuman di masjid-masjid berkenaan,” ujarnya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Sumber: TRDI News