Lima Taman Eko Rimba ditutup mulai 1 November

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SHAH ALAM: Lima Taman Eko Rimba (TER) ditutup kepada pengunjung awam mulai 1 November ini.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi notis di laman Facebook, memaklumkan penutupan itu sehingga 31 Januari tahun depan.

Menurutnya, lima Taman Eko Rimba terbabit adalah Taman Eko Rimba Sungai Tua, Sungai Tekala, Sungai Sendat, Gunung Nuang dan Komanwel.

“Penutupan ini sebagai langkah berjaga-jaga kejadian kepala air berikutan musim tengkujuh yang boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada para pengunjung,” katanya, di sini.

Sebelum ini, JPNS memaklumkan semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal negeri ini ditutup kepada pengunjung berikutan musim tengkujuh.

Penutupan itu bermula 1 November ini hingga 31 Januari tahun depan.

Ia sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan yang tidak diingini.

Sumber: BERITA HARIAN