Luaskan Pintu Rezeki Anda Dengan Perbanyakkan Amalan Ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pintu rezeki sentiasa terbuka untuk setiap hamba-Nya yang sentiasa berdoa dengan melakukan segala suruhan-Nya. Pelbagai amalan yang boleh dilakukan untuk memastikan pintu rezeki sentiasa dibuka luas oleh Allah.

Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan adalah:

1. Mengerjakan Ibadah

Allah tidak akan mensia-siakan pengabdian hamba-Nya seperti firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah)

2. Memperbanyakkan Istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di hadapan Allah. Istighfar menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Maja dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas)

3. Tinggalkan Semua Perbuatan Dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih membuat dosa. Dosa bukan saja membuatkan hati resah dan gelisah malah akan menutup pintu rezeki. Sabda Nabi SAW:

“…dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa Ingat Pada Allah

Banyak mengingati Allah akan membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan Mendoakan Ibu Bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan supaya sesiapa yang menginginkan umurnya panjang dan ditambahkan rezeki selalu, hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya. Baginda SAW juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahgiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki. Sabda Nabi SAW: “Apabila hamba itu meninggalkan (tidak berdoa) kepada keduanya orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (al-Hakim dan ad-Dailami)

Sumber: HIJABISTA