Perancis baru-baru ini menyaksikan kontroversi mengenai kenyataan yang dibuat oleh ahli politik Perancis yang menyasarkan Islam dan umat Islam, berikutan pemenggalan seorang guru pada 16 Oktober. Dalam beberapa hari kebelakangan ini, serangan yang mensasarkan organisasi masyarakat sivil Islam di Perancis meningkat berikutan serangan itu. Pada hari Rabu, Emmanuel Macron mengumumkan dalam satu kenyataan media bahawa negaranya tidak akan melarang karikatur menghina Nabi Muhammad dan Islam.
Tanda pagar #BoycottFrenchProduct menjadi trending di akaun Twitter di Maghribi pada hari Jumaat, berikutan penerbitan karikatur yang menghina Nabi Muhammad di dinding bangunan di Perancis.
Aktivis Maghribi menyebarkan hashtag secara meluas di platform media sosial yang berbeza sebagai tindak balas terhadap karikatur itu, dan berikutan pernyataan yang dibuat oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron, yang memprovokasi umat Islam di seluruh dunia. Pengguna media sosial telah menukar gambar profil mereka di Twitter dan Facebook dengan sepanduk “Muhammad utusan Allah”, sebagai menolak kenyataan yang dibuat oleh pegawai Perancis.
Antara ciapan dari pengguna Twitter Rania Lamlahi : “Sebagai orang Maghribi, saya tidak menerima sikap presiden Perancis terhadap Islam, jadi saya menyokong kempen memboikot produk Perancis.”
Seterusnya, aktivis Siham Sark mengkritik dalam satu ciapan mengenai tindakan Macron menangani masalah kartun penghinaan Nabi: “Walaupun ada tuduhannya bahawa Perancis adalah negara yang menjamin kebebasan.”
Jalal Aouita, pula membuat hantaran di Facebook: “Tidak ada perbedaan antara Perancis di masa lalu dan Perancis hari ini kecuali trend solekan dan lampu malam di Paris. Kebencian yang sama, diskriminasi yang sama, menakutkan rakyat dengan cara yang sama yang sama, mentaliti yang sama. Saya sengaja menerbitkan karikatur itu agar semua orang mengetahui dendam wakil pembuat keputusan kerajaan Perancis terhadap Islam.”
Dalam satu hantaran Facebook, Perunding perbandaran Rabat Hisham El-Harch menyiarkan: “Ini adalah hari yang menyedihkan dalam sejarah umat Islam, hari yang menyedihkan dalam erti kata yang sebenarnya. Adakah Perancis sudah gila? “
El-Harch menyatakan : “Kartun yang diterbitkan oleh majalah Perancis Charlie Hebdo mengenai karikatur Rasulullah SAW dipaparkan di dinding beberapa hotel di Toulouse dan Montpellier di Perancis, setelah presiden Perancis mengumumkan bahwa dia tidak akan melarang penerbitan yang sensitif ini.”
Sumber : Middle East Monitor