MAIK benar solat fardu dengan empat jemaah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat fardu di masjid negeri, bandar, jajahan, mukim, surau dan musolla seluruh negeri dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) mulai esok.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran diberikan kepada empat kakitangan (jemaah) sahaja.

Beliau yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, ia mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

“Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ini berkuat kuasa bermula esok sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Oleh itu, MAIK berharap mendapat kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, SOP itu hendaklah dipatuhi oleh pihak pengurusan masjid, surau dan musolla.

“Tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP ini. Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa Allah SWT pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita,” katanya.

Sumber: My Metro