MAIK Salur Sumbangan RM46,800 Kepada 36 Ketua Isi Rumah Kampung Tersang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PASIR MAS – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hari ini telah menyampaikan sumbangan banjir bernilai RM46,800 ketua isi rumah (KIR) di Kampung Tersang, Rantau Panjang, di sini.

Yang Dipertua Maik Tengku Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, setiap ketua isi rumah menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000 serta barangan keperluan bernilai sebanyak RM300.

“Banjir kali ini bukan perkara biasa kerana ia berlaku pada akhir Februari sehingga ada yang kehilangan rumah. Bagaimanapun, kita dapat mengatasi cabaran dengan kerjasama semua agensi secara lancar dalam waktu yang cepat.”

“Sekarang kita berada dalam fasa untuk  membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan, di sini hari ini.

Turut hadir Tengku Puan Temenggong Kelantan Tunku Puan Sri Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Datuk Mumtaz Md Nawi.

Katanya lagi, Tengku Mohamad Rizam dan Tengku Temenggong Kelantan berkata, selepas KIR Kampung Tersang, MAIK akan meneruskan sumbangan kepada mangsa banjir di daerah lain.

“Bantuan kepada mangsa banjir di daerah lain akan dikoordinasi melalui Ketua Jajahan,” tambah beliau lagi.

Sumber: BERNAMA