MAIK turun padang bantu keluarga tinggal di teratak buluh

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BACHOK: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bersetuju untuk membina sebuah rumah empat bilik kepada keluarga Siti Aminah Mamat dan Abdul Aziz Mohamed.

Keluarga itu sebelum ini mendiami teratak buluh dan hidup dalam kesulitan di Kampung Lubuk Temusu di bachok sejak lebih tiga tahun lalu.

Setiausaha MAIK, Mohd Rasani Ramli berkata, pihaknya turunpadang selepas kisah keluarga itu dipaparkan di televisyen.

“Kita terima maklumat dan membuat semakan. Jadi berdasarkan semakan, tiada rekod tetapi kita pernah salurkan bantuan pada 2017.

“Jadi bertitik tolak semalam, kita serahkan bantuan, berdasarkan pemerhatian sepatutnya boleh diluluskan sebuah rumah di bawah MAIK dan kita peruntukkan 16 buah rumah untuk jajahan ini, kita akan pertimbangkan secepat mungkin,” katanya.

Menurut Rasani, proses dokumentasi, pengesahan hak milik tanah dan urusan berkaitan akan dimulakan segera.

Selepas proses berkenaan selesai, pihaknya akan terus membina rumah agihan zakat untuk tujuh beranak itu dengan kadar segera di tapak bangsal buluh yang mereka diami.

MAIK turut menyampaikan sumbangan wang zakat dan barangan keperluan kepada keluarga berkenaan.

Selain itu, turut menyumbang wang tunai dan alas tidur, wakil dari Renai Hotel dan Pertubuhan Kerabat Al Muhammadi.

Sebelum ini, kisah tujuh beranak berkenaan mendiami bangsal berdindingkan buluh dan guni dengan tandas di luar bertabirkan kain buruk pernah dipaparkan di Astro AWANI.

Keluarga ini pernah dua kali memohon rumah PPRT, namun gagal.

Sumber: ASTRO AWANI