Makam Purba Umat Islam Semasa Zaman Umayyah Ditemui Di Sepanyol

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Terdapat lebih daripada 400 makam purba umat Islam telah ditemui dan digali di bandar Tauste berhampiran bandar Zaragoza. Menurut pihak arkeologis, jika penggalian terus diteruskan kemungkinan besar mereka akan menemukan 4,500 makam purba.

Javier Nunez Arce yang merupakan Ketua Persatuan Kebudayaan El Patiaz, berperanan untuk mencari, memelihara dan menyebarkan warisan, budaya dan keunikan ‘Villa de Tauste’. Sebelum ini, dia tahu wujudnya keberadaan makam purba itu, tetapi tidak tahu di mana lokasinya.

Rajah 1: Perbandaran Tauste yang terletak di wilayah Zaragoza, Aragon, Sepanyol. (Muath Mashal / AA)

Penggalian di Tauste bermula pada tahun 2010, ketika peninggalan terawal ditemui semasa proses pembinaan rumah baru untuk penduduk tempatan. Nunez Arce menyatakan bahawa mereka menyedari makam purba itu adalah makam Muslim kerana kerangka tersebut menghadap ke Mekah, sesuai dengan ajaran Islam.

Setelah ahli arkeologi membuat kajian terperinci, mereka juga mendapati bahawa menara loceng gereja Katolik (menara Santa Maria) juga merupakan bekas menara masjid.

Rajah 2: Menara loceng gereja Katolik di Tauste dipercayai merupakan merupakan menara Masjid. (Muath Mashal / AA)

Ketika tembok yang menutupi gereja di sekitarnya didirikan, menara itu sudah pun wujud. Menara loceng yangtelah didirikan itu dipercaya dibina pada akhir abad ke-13 manakala menara yang ada pula merupakan menara dipercayai dibina pada abad kesembilan Masihi.

“Oleh itu, ia jelas menunjukkan bahawa komuniti Muslim dan masjid dulu wujud di kota ini,” tambah Nunez Arce.

Terdapat ulisan d”Tidak ada Tuhan selain Tuhan” yang ditulis di menara itu di dalam tulisan kaligrafi Islam. Tulisan ini menggambarkan ciri-ciri pegangan Muslim.

Dengan penemuan tanah perkuburan Islam yang terbesar di era ‘Umayyah’ pada abad kelapan Masihi, pihak berkuasa tempatan telah mempercepatkan usaha penggalian mereka.

Rajah 3: Tengkorak dijumpai di kuburan Islam di Tauste. (Muath Mashal / AA)

Menurut pihak berkuasa, dengan penemuan kerangka ini, ia telah membawa kepada penemuan penting dan asing yang menjelaskan ciri sebuah komuniti Muslim yang pernah menetap di Tauste pada abad kelapan hingga abad kedua belas Masihi.

Nunez Arce menyatakan keberadaan gereja menyebabkan mereka menganggap kaum Muslim merupakan hanyalah populasi kecil di Tauste. Namun penemuan baru ini telah membuat mereka menyedari bahawa populasi kaum Muslim lebih ramai daripada yang mereka sangka.

Rajah 4: Perkuburan Islam di Tauste

Beliau menambah bahawa mereka tahu bahawa kerangka tulang dan tengkorak muncul tiba-tiba setelah hujan lebat dan ribut di kawasan ini, tetapi mereka tidak mengetahui tempat asal di mana lokasi itu berada. Ahli arkeologi masih mengkaji makam purba ini dan memeriksa tapak arkeologi seluas 20,000 meter.

Menurut Eva Jimenez, pengarah pasukan penggalian makam purba ini,, mayat yang dijumpai di makam purba Muslim ini akan dijalankan untuk ujian genetik dan DNA sebelum dipindahkan ke muzium. Jimenez menambah bahawa ada projek lain yang sedang dirancang, iaitu untuk menguburkan kerangka di kota Tauste, kerana mereka adalah juga adalah warganegara dan sebahagian daripada warisan dan budaya.