Malaysia Bertemu China Di Suku Akhir BAMTC

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Malaysia diundi bertemu China pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam ini.

Terdahulu, skuad negara terpaksa akur apabila sekadar muncul naib juara Kumpulan B selepas tewas 1-4 di tangan India dalam aksi terakhir, malam tadi.

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia gagal menyumbang mata buat pasukan apabila tewas di tangan HS Prannoy dalam pertarungan tiga set 21-18, 13-21, 23-25.

Pemain muda, Wong Ling Ching yang diberi kepercayaan untuk menggalas tugas dalam acara perseorangan wanita berbanding Goh Jin Wei cuba memberi tentangan sengit sebelum tewas di tangan bekas juara dunia, PV Sindhu 13-21, 17-21.

Beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merapatkan jurang dengan India apabila menyumbang mata menerusi kemenangan ke atas Dhruv Kapila-Shiraq Shetty 21-16, 21-10.

Harapan untuk menyaksikan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila tewas mengejut di tangan Treesa Jolly-Gayatri Gopichand 21-23, 15-21 – kekalahan pertama dalam empat pertemuan sebelum ini.

Beregu campuran meningkat naik negara, Chan Teng Jie-Toh Ee Wei turut mengalami kekalahan selepas tewas di tangan Ishaan Bhatnagar-Tanisha Crasto 19-21, 21-19, 16-21.

Sumber: BERITA HARIAN