PBB melaporkan wilayah peperangan Tigray di Ethiopia sedang menghadapi “keadaan malnutrisi yang sangat kritikal” di mana perpindahan ramai penduduk di seluruh kawasan pedalaman ini. Ramai penduduk telah melarikan diri ke Tigray disebabkan peperangan yang berlaku selama tiga bulan lamanya dan hingga kini mereka masih belum mendapat bantuan.
“Meskipun ada sedikit kemajuan, tindak balas kemanusiaan masih tidak memadai untuk dibandingkan dengan besarnya keperluan di seluruh rantau ini,” lapor pihak Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OHCA), Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu .
“Bantuan tetap sangat terhad di kawasan luar bandar kerana kekangan akses dan kadar keselamatan yang sentiasa berisiko, serta terdapat jurang dan cabaran yang sangat serius di semua sektor.”
Agensi kemanusiaan PBB juga menyatakan dalam satu laporan baru bahawa pasukan pertahanan Ethiopia telah menguasai sebuah hospital di bandar Abi Adi, menyebabkan sehingga 500,000 orang tidak dapat menerima perkhidmatan kesihatan di kawasan tersebut yang mana sebahagian besar alatan sistem kesihatan rosak ketika dirampas dan rosak akibat tembakan.
Pertempuran dilaporkan semakin sengit antara pasukan rakyat Ethiopia dan pasukan sekutu dengan pihak yang menyokong pemimpin Tigray yang sekarang yang pernah menguasai pemerintahan Ethiopia.
Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed telah melancarkan operasi ketenteraan di wilayah utara pada 4 November, dengan alasan bahawa perintah itu dijalankan berikutan serangan ke kem tentera persekutuan oleh Tigray People’s Liberation Front (TPLF), sebuah parti pemberontak etnik yang berpusat di utara negara itu bersama kumpulan lain.
Kurang dari sebulan kemudian, Abiy menyatakan kemenangan setelah TPLF menarik pasukannya dari ibu kota wilayah, Mekele, dan kota-kota besar. Namun, pertempuran peringkat bawahan masih berterusan.
Pihak pemerintah Ethiopia menyatakan bahawa bantuan kemanusiaan yang diperlukan adalah mencapai 2.7 juta orang.di Tigray. Nilai ini bertambah kerana pemerintah melaksanakan perintah kurungan wilayah utara dan mengetatkan pemadaman komunikasi.
Perintah berkurung ini menjadikan bantuan kemanusiaan sangat sukar diakses oleh pihak organisasi kemanusiaan yang menangani krisis kemanusiaan.
Tindakan ini juga menyebabkan sukar untuk pihak media mencari jalan masuk untuk menyiasat penembakan kawasan penduduk, serangan yang disengajakan, pembunuhan beramai-ramai orang awam, pembunuhan di luar perintah mahkamah, rampasan yang meluas dan pemerkosaan.
Namun, dokumen OCHA menyoroti banyak laporan dari pekerja kemanusiaan di lapangan yang menunjukkan “peningkatan kekurangan zat makanan akut di seluruh wilayah.”
Pihak Palang Merah Ethiopia melaporkan sekitar 80% penduduk masih tidak dapat untuk berhubung, menyebabkan terdapat kebimbangan bahawa semakin meningkat angka penduduk mati akibat kebuluran.
“Beberapa minggu akan datang akan menjadi penentu untuk mencegah kebuluran,” kata Pejabat Luar Negeri Jerman dalam satu kenyataan ringkas minggu lalu setelah mendengar laporan lawatan utusan Kesatuan Eropah ke Ethiopia.
Laporan PBB yang baru dikeluarkan menyatakan di daerah Tigray yang dapat dihubungi, pemeriksaan yang dijalankan terhadap 227 kanak-kanak di bawah usia 5 tahun menunjukkan “kekurangan zat makanan yang sangat tinggi,” walaupun tidak menyebutkan jumlah kes.
Mereka juga melaporkan hasil pemeriksaan lebih dari 3,500 kanak-kanak menemui 109 kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan yang teruk. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggambarkan keadaan itu seperti “apabila individu menjadi sangat kurus sehingga berisiko mati.”
“Malnutrisi (di Tigray) dianggarkan akan terus memburuk kerana setiap isi rumah dihadkan jumlah makanan yang sangat sedikit setiap hari,” menurut laporan PBB.
“Wanita dan anak-anak yang menjadi pelarian juga berisiko tinggi untuk disalahgunakan dan dieksploitasi, manakala menurut satu penilaian di pusat-pusat pengumpulan, warga pelarian yang berada di Mekelle, Adigrat dan Shire menunjukkan bahawa infrastruktur yang sedikit dan teruk menyebabkan para wanita dan gadis terdedah kepada keganasan dan seksual.
Laporan PBB turut menceritakan bahawa keadaan “mengerikan” berlaku iaitu “perkhidmatan rawatan COVID-19 telah dihentikan” di wilayah Tigray, orang-orang yang terlantar dalam beberapa tidur dihimpunkan seramai 30 orang dalam satu bilik darjah dan komuniti tuan rumah pula mengalami “bebanan yang luar biasa.”
Sumber : Daily Sabah