Mangsa Banjir Di Kelantan Kembali Meningkat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan kembali meningkat kepada 1,129 orang pagi ini, berbanding 1,009 orang petang semalam.

Kesemua mangsa membabitkan 361 keluarga itu ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.

Setakat ini, tiga daerah dilanda banjir iaitu Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah susulan hujan lebat.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 8.30 pagi ini, Jeli mencatatkan 803 mangsa yang ditempatkan di enam PPS.

Kuala Krai pula merekodkan 314 mangsa di 11 PPS, manakala Tanah Merah merekodkan 12 mangsa yang ditempatkan di satu PPS.

Sementara itu, laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan Sungai Kelantan di Kuala Krai masih melepasi paras bahaya iaitu 25.23 meter (m).

Sumber: My Metro