Mangsa Banjir Kelantan Terus Meningkat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,943 mangsa daripada 606 keluarga sehingga jam 9 pagi ini.

Laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my melaporkan, kesemua mangsa itu ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh seramai 704 orang, diikuti SK Gual Periok yang turut meningkat kepada 532 orang.

Selain itu, mereka juga ditempatkan di SK Kubang Kual (212 orang), PPS Putat Tujoh dengan jumlah 157 orang, SK Sri Kiambang (231 orang) dan Masjid Mukim Padang Licin seramai 68 orang serta SK Kedai Tanjong.

Sementara itu, menurut https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air/?lang=en Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi paras bahaya dengan bacaan 9.41 meter (m) berbanding paras normal lima meter.

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula di melepasi paras amaran iaitu 2.19m berbanding paras normal 0.70m.

– BERITA HARIAN