Manis Xpres: Kawasan Permukaan Pantai di Pantai Timur

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Saban tahun, masih ada insiden orang lemas dihanyutkan air di kawasan pantai. Masih kurang pendedahan pada orang kita bahawa tak semua pantai dibolehkan untuk bermandi-manda. Perkongsian Sinergi Xpres bersama dengan panel jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Effi Helmy bin Ariffin, Timbalan Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran

Universiti Malaysia Terengganu dapat merungkai sedikit sebanyak mengenai kawasan permukaan pantai di pantai timur.

Beliau yang merupakan anak kelahiran Johor Darul Takzim itu tidak menafikan dengan keindahan pantai di negeri Terengganu, bandaraya pesisir air. Menurutnya pantai yang bercerun yang mana gelap airnya tidak sesuai untuk dijadikan kawasan bermandi-manda. Sekiranya kawasannya landai dan berwarna jernih seperti Pantai Pandak, baru boleh mandi. Namun, tak semua kawasan landai itu selamat.

“Secara semulajadi, menurut morfologi, pantai ni terdiri dari tiga ciri, pertama Reflective Beach (bercerun), Intermediate Beach (cerun ke landai), dan Dissipative Beach (landai).

Namun ada terdapat arus kurau (red current) yang akan menarik kita ketika air pasang”, ujarnya dengan terperinci.

Ditanya berkenaan benarkah monsun turut mempengaruhi permukaan pantai dan mempengaruhi kekuatan ombak, beliau mengiyakan sewajarnya, “Setiap hujung tahun akan ada hujan lebat dan angin serta ombak yang kuat. Selepas itu musim tenang yang mana para nelayan boleh melakukan aktiviti mencandat sotong dan sebagainya. Musim tenang ini ialah proses selepas tengkujuh untuk stabilkan ruang udara. Ia kitaran semulajadi yang sekiranya tidak stabil, maka akan terjadi ribut.”.

Turut memberi contoh Ribut Jelawat 2023 baru-baru ini disebabkan oleh tempias ribut dari negara Filipina ke Thailand yang mana Malaysia terkena tempias sehingga ke dasar laut. Oleh itu, permukaan laut jadi tidak rata, terdapat kawasan yang dalam dan juga cetek.

Baru-baru ini juga terdapat infografik yang tersebar yang menunjukkan bahawa terdapat “kawah laut”. Kata Prof. Emmy, beliau tidak menidakkan dari sudut pentaksiran dan juga deskripsi. Akan tetapi baginya, terma kata seperti kawah laut itu tidak sesuai untuk digunakan memandangkan akan menimbulkan kebimbangan. Ia bukannya kawah sebetulnya, cuma dasar laut yang tidak sekata, ia lebih dalam seperti jalan raya berlubang. Namun ia akan kembali rata biarpun mengambil masa puluh ke ratus tahun.

Diberikan gambaran kekiranya 10 tahun akan datang, apa yang berlaku. Prof berkata kawasan tak dibolehkan mandi asbab bahaya kerana kecerunan, ekosistem terganggu dan juga pantai yang semakin lama terhakis. Walaubagaimanapun, beliau menyarankan pihak tertentu menganjurkan aktiviti lain seperti luncur air dan memancing.

Menutup tirai Manis Xpes, beliau menasihatkan orang ramai untuk terlebih dahulu melihat ramalan kaji cuaca, dan jadual pasang surut sebelum merancang aktiviti. Tidak hanya di Terengganu, malah sesiapa sahaja, di sekitar pantai timur atau pantai barat dan di negeri manapun anda, beringatlah bahawa kebanyakan pantai kita telah mengalami hakisan. Jadi mandilah di kawasan yang terlindung, terjaga dan diawasi.