Manuskrip tertua perubatan wujud di Perpustakaan King Abdulaziz, Arab Saudi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Siapa sangka salah satu manuskrip anatomi manusia yang wujud sejak abad ke-14 boleh ditemui di Perpustakaan Umum King Abdulaziz yang terletak di ibu kota Arab Saudi.


Manuskrip tersebut yang bertajuk “Anatomi Tubuh Manusia”, adalah antara manuskrip yang tertua yang kandungannya mengandungi tatacara untuk membedah dan mengambil bahagian dalam tubuh manusia. Manuskrip ini ditulis oleh Mansur bin Mohammed bin Ahmed bin Yusuf bin Ilias Al-Kashmir antara tahun 1380 dan 1391.

Manuskrip ini merupakan salah satu manuskrip perubatan Islam yang paling berharga. Ia mendahului manuskrip anatomi moden Doktor Belgium Andreas Vesalius dan pelukis Itali Leonardo da Vinci.

Para saintis Eropah mempelajari dari lukisan dan manuskrip buku tersebut dan menjadikan anatomi sebagai sebahagian daripada pendidikan perubatan mereka yang diiktiraf.

Ilustrasi gambar rajah yang dilukis dengan pen dan dakwat dengan warna yang berbeza, memperlihatkan keseluruhan tubuh manusia yang dilukis secara teliti dan Lukisan tersebut turut menunjukkan kepakaran serta kehebatan pelukisnya yang pintar dalam dalam menggunakan garis dan warna.

Menariknya penulis manuskrip ini juga bijak memanfaatkan seni miniatur Islam, yang mana merupakan satu perkara yang normal pada zaman tersebut dan lukisan tersebut hanya dilukis melalui pen sahaja tanpa alatan lain.

Bab-bab yang terkandung dalam manuskrip ini merangkumi tulang, saraf, otot, urat, arteri, muka, hidung, hati dan organ tubuh manusia yang lain. Penulis juga turut menulis secara terperinci mengenai fungsi arteri dan menggambarkan urat sebagai urat bergerak yang muncul dari ventrikel kiri dan kanan jantung, di mana diastole dan sistol berlaku.

Buku itu, ditulis dalam bahasa Parsi dan ditranskripsikan oleh seorang jurutulis bernama Mohammed Hassan pada 16 Disember 1707.

Sumbe : Arab News