Umat Islam percaya bahawa kesihatan adalah rahmat dari Allah yang harus mereka pelihara dan bersyukur.
Nabi Muhammad (saw) memerintahkan umat Islam untuk mendapatkan rawatan perubatan. Dalam suatu hadis yang berbunyi “Manfaatkan rawatan perubatan, kerana Allah tidak membuat penyakit tanpa menetapkan ubat untuknya.” (Abu Dawud)
Masjid dan Pusat Komuniti Green Lane yang terkenal di Birmingham telah mengeluarkan pernyataan baru untuk menghilangkan keraguan mengenai vaksin COVID dan mendesak umat Islam untuk mendapatkan nasihat perubatan.
“Sebagai masjid terkemuka di UK, kami mengharapkan agar masyarakat Muslim tetap mengikuti nasihat pakar perubatan dan profesional untuk terus memerangi virus ini,” kata Editor Eksekutif GLMCC Nusaybah Naeem, Birmingham Mail melaporkan.
Kenyataan itu menyusuli selepas lonjakan mangsa positif baru-baru ini.
“Dalam 24 jam terakhir lebih 22,000 orang telah disahkan positif Covid-19, lebih dari 600 orang telah meninggal dan lebih dari 3500 orang dimasukkan ke hospital kerana virus di UK,” kata kenyataan itu.
“Situasinya mengerikan, dan pihak hospital mengalami tekanan melampau. Doktor di seluruh negara menekankan terdapat virus varian baru yang mengancam nyawa, dan sangat memerlukan setiap individu untuk mengambil serius semua panduan pemerintah dan perubatan.
“Sebagai sebuah masjid, kami memegang tanggung jawab ketika memberikan bimbingan Islam yang baik kepada masyarakat kami.
“Kami telah menyaksikan kekejaman virus ini sepanjang pengebumian Covid-19 yang kami kelolakan sejak tahun lalu, dan sekarang kami semakin bimbang kerana kami menyaksikan jumlah pengebumian yang mula meningkat sekali lagi.
“Kami tetap berhubung rapat dengan pihak profesional perubatan, pegawai kesihatan awam dan masjid lain setiap minggu untuk memantau keadaan dan memberi panduan kepada masyarakat kami.
” Tugas kita adalah untuk memastikan bahawa masyarakat kita bertindak dengan cara yang matang, bertanggungjawab dan sesuai dengan ajaran agama “