Episod pembantaian etnik Ughur sering kali dibicarakan namun sehingga hari ini Pihak berkuasa China terus menafikan tindakan mereka. Alasan mereka membantai Muslim Uyghur adalah mereka kerana melaksanakan “Pendidikan semula” kerana tidak mahu ekstremisme agama berleluasa. Tanpa disedari, sebenarnya tindakan mereka lebih ekstrim dengan membunuh dan membantai pihak yang dikatakan “ekstrimis”. Lebih sejuta warga Ughur Muslim telah merengkok di kem tahanan dan diserapkan pendidikan komunisme.
Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Dasar Strategik Australia (ASPI) Australia Nathan Ruser , Dr James Leibold , Kelsey Munro dan Tilla Hoja menunjukkan bahawa dua pertiga masjid di wilayah Uyghur telah musnah atau rosak. Anggaran jumlaah sebenar berdasarkan penelitian dari Imej satelit, kira-kira 16,000 masjid di Xinjiang (65% dari jumlah keseluruhan) telah musnah atau rosak akibat dasar pemerintah, yang mana kebanyakannya dilaksanakan sejak tahun 2017.
Dari 16 000 masjid yang dianggarkan mengalami kerosakan atau kehancuran, 8 500 buah masjid telah dirobohkan secara langsung. Manakala sebanyak 30% tempat umat Islam seperti perkuburan, mihrab, pintu gerbang Masjid serta mana-mana tempat yang dilindungi di bawah undang-undang China) telah dirobohkan di seluruh Xinjiang. Tindakan mereka yang merosakkan atau memusnahkan bangunan terselindung di sebalik alasan “Pemulihan atau renovasi Masjid”.
Dengan data yang ditunjukkan, ternyata jelas tindakan penghapusan etnik dan budaya Muslim Uyghur sememangnya disengajakan. Ia juga menjelaskan kenapa berlakunya perpindahan dan perpecahan keluarga, pembantaian secara beramai-ramai, kehilangan tokoh masyarakat secara tiba-tiba, serta penghapusan bahasa Uyghur dari dibicarakan. Sikap antagonis pihak berkuasa Cina terhadap Islam semakin meningkat apabila Xi Jinping menjadi pemimpin China pada tahun 2012.
Kajian daripada para penyelidik ini turut memeriksa beberapa gereja Kristian dan kuil Buddha di seluruh Xinjiang. Mereka mendapati bahawa tidak ada satu pun dari pusat ibadah agama lain mengalami kerosakan dan kemusnahan berbanding kerosakan yang dilakukan oleh tempat suci atau ibadah umat Islam.
Bangunan Umat islam yang diubah atau dirosakkan
Mengimbas sejarah, Xinjiang sebelum ini dikenali sebagai Turkistan Timur. Ia dibuka ketika zaman Bani Umayyah sejak tahun 96 Hijrah, yang pada asalnya dimiliki Islam sebelum dijajah Komunis China. Wilayah Xinjiang ini bersempadan dengan Pakistan dan Afganistan. Justeru, tidak hairan bagaimana seni bina di Uyghur banyak dipengaruhi akan hiasan seni reka Islamik.
Jean-Paul Loubes seorang arkitek dan ahli antropologi Perancis dalam tinjauannya pada 1988 menyatakan,warisan pembinaan di Uyghur ini ini merupakan seni bina klasik yang menggabungkan pengaruh Parsi dan Mongolia, seperti seni bina pishtaq (Gerbang masuk yang berbentuk melengkung). Seni bina tersebut membuatkan Uyghur seolah-olah sebahagian daripada Turki dan bukannya di Cina. Apabila bangunan ini dihapuskan, seni budaya yang diukir pada bangunan akan turut terpadam dan hilang tanpa sempat dikenali oleh generasi seterusnya.
Sebelum merosakkan atau mengubah masjid menjadi kedai atau bar, pihak kerajaan akan menghilangkan atau menghancurkan dahulu bahagian seni bina yang jelas menunjukkan ciri-ciri islam seperti bahagian menara, kubah, dan papan kaligrafi Arab.
Contohnya Masjid Kargilik, yang dibangunkan pada tahun 1540, terletak di antara Yarkand dan Hotan, berkelulasan 4,762 meter persegi dan dapat menampung 10 000 jamaah di dalam serta dataran masjid. Pusat bazar beli belah juga terdapat di hadapan masjid Kargilik, bagi aktiviti perdagangan . Masjid ini juga merupakan sebahagian daripada budaya warisan dan merupakan mercu tanda utama di bandar tersebut.
Penahanan turut dibuat kepada Ablat Qarim Hajim, pendakwah yang paling lama berkhidmat di Masjid Kargilik ini, pada tahun 2017. Beliau meninggal dalam tahanan dan kemudian jenazahnya dihantar ke keluarganya. Masjid ini kemudiannya dirobohkan pada tahun 2018. Dengan memusnahkan Masjid ini, mereka bukan sahaja memusnahkan sebuah pusat Ibadah, namun turut memusnahkan Seni budaya Islam.
Selain itu, Masjid Id Kah yang didirikan pada abad ke-15 di daerah Kashgar, yang turut merupakan Masjid terbesar di Xinjiang – telah dilenyapkan islamik mengandungi bintang dan bulan sabit yang menaungi bumbungnya. Manakala papam tulisan suci yang berwarna-warni yang menghiasi pintu masuknya turut dialihkan. Masjid Hotan Id Kah terletak di Kawasan jalan yang amat sibuk. Ramai pengunjung tempatan dan bukan tempatan hadir untuksolat di masjid ini ketika mereka datang membeli-belah di Hotan. Masjid ini diketahui telah dirobohkan pada tahun 2017. Selain daripada Masjid, Makam Ulama Imam Asim dan Imam Jafar Sadiq turut dibongkarkan dan masyarakat Uyghur dihalang untuk melawat makam mereka.
Bagaimanapun, Lapoan ini telah ditentang oleh pihak berkuasa China. Pihak berkuasa China menegaskan penduduk Xinjiang diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengikuti amalan agama masing-masing.Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin, mendakwa terdapat kira-kira 24,000 masjid di sekitar Xinjiang iaitu jauh lebih banyak berbanding sesetengah negara Islam.
Kekejaman Pihak berkuasa China ini menyebabkan ramai negara luar mengecam Tindakan mereka seperti Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe. Konvensyen Geneva yang turut ditandatangani China, mengharamkan polisi sebegini. Kezaliman terhadap Uyghur Muslim di China ini harus ditentang sekeras-kerasnya.