Masjid Di Perancis Tawarkan Tempat Tinggal Buat Para Gelandangan Dan Pelarian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Bertindak pantas berikutan cuaca musim musim sejuk yang melanda dunia, sebuah masjid di Perancis telah membuka pintu untuk melindungi para gelandangan dan pendatang yang tiada tempat tinggal.

Menurut seorang pelarian dari Nepal Yang bernama Shwor “Umat Islam telah menyediakan tempat tinggal untuk kami. Saya sangat gembira dapat menjadi tetamu Masjid ini”, katanya yang sedang berlindung di masjid.

Masjid Mantes Sud yang terletak di jabatan Yvelines di sebelah barat ibu kota Paris, telah didirikan pada tahun 2015.

Pembinaan Masjid ini menurut Abdelaziz el Jaouhari yang merupakan ketua organisasi Masjid, memberitahu bahawa mereka mahukan tempat ibadah ini berperanan sama seperti masjid yang dibina pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Tambahnya “Masjid Baginda Nabi Muhammad SAW mempunyai 3 fungsi utama iaitu menyatukan masyarakat, menjadi tempat meninmba ilmu pengetahuan, dan menyediakan sokongan sosial.

“Kami menyediakan tempat perlindungan kecemasan untuk para gelandangan sepanjang tahun. Kami membuka pintu masjid ini bukan hanya sekadar untuk orang Islam namun kepada semua orang . “

Tindakan mulia Masjid Mantes Sud ini serupa seperti beberapa masjid dan pusat-pusat Islam Islam yang lain, yang sering membantu para gelandangan.

Pada awal bulan ini, Masjid Al Rashid, yang merupakan masjid tertua di Kanada, membuka pintu kepada orang ramai bagi menampung anggota masyarakat yang menghadapi kehilangan tempat tinggal.

Pada Januari 2020, masjid ini juga membuka pintunya kepada para gelandangan yang kehilangan tempat tinggal ketika cuaca musim sejuk.