Masjid Lama Zaman Kerajaan Mughal Berusia 120 Tahun Timbul Di India

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Nawada,Bihar: Akibat kemarau yang berlarutan di India, sebuah masjid lama yang dianggarkan berusia 120 tahun telah timbul setelah ditenggelami air tiga dekad lalu di Empangan Phulwaria, daerah Nawada Bihar, India.

Masjid itu ditemui di Kampung Chiraila blok Rajauli susulan surutnya air di penghujung selatan takungan empangan itu. Kemunculan masjid itu menimbulkan tanda tanya oleh seluruh penduduk kampung berikutan penemuan masjid itu yang masih utuh. Tidak ada banyak kerosakan yang berlaku di struktur bangunan melainkan masjid itu hanya dipenuhi lumpur yang tebal.

Orang ramai mengatakan nama masjid berkenaan sebagai Masjid Noori yang ditenggelami air selepas Empangan Phulwaria dibina pada 1985. Masjid itu mempunyai ketinggian kira-kira 30 kaki dari tanah hingga ke kubah, lapor media itu.

Sebelum timbulnya masjid itu secara keseuruhan, penduduk tempatan menmyatakan bahawa mereka hanya dapat melihat sebahagian daripada kubah masjid tersebut.

Menariknya masjid itu dipercayai telah wujud sebelum kerja-kerja pembinaan Empangan Phulwaria dimulakan pada tahun 1979 dan masjid itu dipercayai tidak pernah digunakan walaupun selepas empangan itu selesai dibina. Lantaran itu, takungan air empangan tersebut telah menenggelamkan seluruh kawasan termasuk masjid itu.

Penduduk tempatan percaya bahawa masjid itu dibina pada awal abad ke-20 berdasarkan seni bina kubah masjid itu yang sangat halus dan dipercayai dibaik pulih pada zaman Mughal.