Para ahli arkeologi telah menemui sejumlah wang syiling emas di bahagian Jerusalem Timur pada musim panas yang disyaki wujud sekitar 1100 tahun yang lalu.
Keempat-empat syiling emas yang ditemui itu, semuanya masih dalam keadaan baik.
“Ini adalah kali pertama kami menemui harta karun seperti ini dalam lima puluh tahun ” kata seorang warga Palestin iaitu Kamil Sari, yang merupakan ketua pejabat wilayah utara Lembaga Antikuiti Israel, kepada Arab News.
“Setelah para ahli arkeologi menggali berdekatan kawasan Tembok Barat di kota Lama Jerusalem dan mengambil bekas-bekas tembikar yang ditemui untuk proses pembersihan dan pemeriksaan secara teliti, seorang sukarelawan menemui syiling tersebut”
Sari menyatakan bahawa duit syiling itu diperbuat dari emas tulen, yang bertarikh pada tahun 940 dan 970 Masihi. Dipercayai dua biji duit syiling telah dicetak di kota Ramleh ketika zaman pemerintahan Khilafah Abbasiyah, manakala dua lagi dicetak di Kaherah di bawah dinasti Fatimiyyah.
Nazim Al-Jubeh, seorang ahli arkeologi Palestin serta Profesor sejarah dan arkeologi di Universiti Bir Zeit, memberitahu kepada Arab News: “Penemuan ini sangat penting kerana ia membantu untuk menjadi bukti yang menyinari era Bani Abbasiyah yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai sebuah peradaban yang mundur apabila munculnya zaman kejayaan peradaban Byzantine. “
Era Bani Abbasiyyah tersebut sangat penting kerana ia merupakan perubahan yang sangat besar bagi wilayah ini, karena para penguasa Abbasiyah setelahnya digantikan oleh Kerajaan Fatimiyah.
Penemuan yang ditemui dalam kawasan Jerusalem Timur yang berdekatan dengan lokasi Masjid Al-Aqsa, merupakan penemuan yang “jarang” sekali ditemui menurut pihak arkeologi Israel.
T
AP memetik Robert Kool, seorang pakar duit syiling, yang memberitahu “Analisis awal menunjukkan duit syiling itu berasal dari akhir abad ke-9, yang dianggap sebagai zaman keemasan Khilafah Abbasiyah yang menguasai sebahagian besar kawasan berdekatan Timur dan Afrika Utara.”
Nazmi Al-Jubeh menyatakan bahawa ahli-ahli arkeologi dari seluruh dunia, termasuk dari Israel, secara perlahan-lahan mula berubah naratif mereka mengenai Zaman pemerintahan Islam Abbasiyah, Umayyah, dan Ayyubiah.
“Dakwa ahli-ahli arkeologi sebelum ini, mereka beranggapan dengan tidak ada penemuan monumen besar, ini bermakna peradaban zaman Islam tidak perlu dibincangkan.”
Al-Jubeh memberitahu impak dari penemuan terbaru ini, ditambah lagi dengan banyaknya penemuan beberapa tahun kebelakangan ini, telah menyebabkan para sejarawan dan ahli arkeologi mengkaji semula teori mereka.
Dia turut menambah bahawa duit syiling yang terdapat di tanah Palestin yang dijajah, perlu dikembalikan semula ke Palestin sebagaimana mengikut undang-undang antarabangsa.
Seorang sumber kanan Jordan yang mengetahui situasi itu memberitahu berita Arab