Oleh: Naema Rashid
Warhhh!! Kat Terengganu pun ada Nasi Kandar? Kat mana ya?
Mastemang Kitchen yang mula beroperasi sejak setahun yang lalu, kian menjadi perhatian penggemar Nasi Kandar di kawasan Kuala Terengganu dan sekitar. Terletak di Kampung Masjid Raja, Chendering hanya 10 minit dari Kuala Terengganu.
Mastemang Kitchen menghidangkan Nasi Kandar dan pelbagai lauk yang membuka selera anda. Semestinya ‘hot menu’ di sini ialah Kari Kepala Ikan. Kari yang pekat, kaya dengan rasa rempah bersama nasi putih yang ‘dibanjiri kuah’ dimakan bersama telur masin, sayur kobis goreng dan kerangupan papadom melengkapkan sebuah hidangan yang semestinya “makan sekali teringat lagi”. Mastemang Kitchen juga menghidangkan variasi lauk seperti Ayam Goreng Berempah, Kari Kambing yang boleh dipilih mengikut selera masing-masing. Kari Kepala Ikan yang kaya dengan rempah-ratus
Menurut pengusaha restoran ini, Encik Salman atau lebih dikenali sebagai Mastemang, bagi mendalami cara pembuatan “Indian Food’ beliau mengembara ke Pakistan dan India. Malahan, resepi keenakan Nasi Kandar dan Kari Kepala Ikan di sini diwarisi sendiri daripada datuk beliau yang berasal dari Karala, India. Juga, rempah-ratus yang digunakan diimport dari Karala dan di adun sendiri oleh Encik Salman bersama isteri bagi menjadikan rasa berlainan dari restoran setempat. Tidak hairanlah beliau dipanggil ‘Master’ dalam kalangan penggemar Nasi Kandar.
Kari Kambing yang pekat
Ayam Goreng Berempah yang rangup
Harga yang dikenakan juga berpatutan. Beroperasi setiap hari kecuali Jumaat dari jam 11.00 pagi hingga 4.30 petang. Jadi apa tunggu lagi! Jika anda peminat Nasi Kandar atau ingin mencuba keenakan Kari Kepala Ikan “piyorrr” jangan lupa singgah makan tengahari di Mastermang Kitchen. Memang berbaloi!
Sumber: Manis TV