Mateu Lahoz Buat Hal Lagi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BARCELONA – Antonio Mateu Lahoz sekali lagi menjadi tumpuan apabila pengadil dari Sepanyol itu melayangkan 15 kad kuning dan dua kad merah ketika Barcelona seri 1-1 menentang Espanyol di Nou Camp.

Selepas Marcos Alonso meletakkan Barcelona di depan, Mateu Lahoz mula bertindak tegas dengan melayangkan kad kuning kepada empat pemain sebelum rehat.

Ketika Espanyol mencari gol penyamaan, suasana di stadium menjadi semakin tegang apabila Mateu Lahoz memberikan sepakan penalti kepada pelawat, yang disempurnakan oleh Joselu untuk menyamakan kedudukan.

Keputusan kontroversi itu mencetus bantahan pemain dan Mateu Lahoz melayangkan lima kad kuning dan dua kad merah dalam tempoh enam minit.

Jordi Alba menjadi pemain pertama dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua dalam tempoh empat minit susulan membantah keputusan Mateu Lahoz.

Pemain Espanyol, Vinicius Souza diarahkan keluar padang dua minit kemudian.

Ia tidak berakhir di situ. Mateu Lahoz turut melayangkan kad merah kepada Leandro Cabrera selepas pertahanan Espanyol itu mengasari Robert Lewandowski.

Dia diminta merujuk kepada monitor VAR, dan akhirnya menarik semula kad merah berkenaan selepas kekasaran itu dianggap tidak disengajakan.

Minit-minit akhir permainan menyaksikan pengendali Barcelona, Xavi turut dilayangkan kad kuning bersama pemain sayapnya, Rapinha yang membantah keputusan Mateu Lahoz.

Secara keseluruhan, Mateu Lahoz melayangkan 17 kad, satu melebihi jumlah dikeluarkannya ketika aksi suku akhir Piala Dunia antara Argentina dan Belanda di Qatar.

Mateu Lahoz melayangkan kad kuning kepada 15 pemain pada perlawanan itu dan mengarahkan Denzel Dumfries keluar padang selepas penentuan penalti.

Bintang Argentina, Lionel Messi dan Emiliano Martinez mengkritik persembahan pengadil itu dan Mateu Lahoz dihantar pulang.

Sumber : BERITA HARIAN