Mawaddah Centre Dapat Perhatian Sediakan Iftar Percuma Setiap Isnin

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU: Mawaddah Centre merupakan pusat kebajikan di bawah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKekWa).

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Rohani Ibrahim berkata, golongan asnaf, orang ramai serta musafir yang tidak sempat pulang ke rumah berpeluang berbuka puasa secara percuma di Mawaddah Centre yang terletak berhampiran Stesen Bas SKMK, setiap hari Isnin sepanjang bulan Ramadan bermula jam 4.00 hingga 5.30 petang.

Katanya, program yang mula diadakan tahun lalu itu berlangsung sepanjang Ramadan bagi memberi peluang orang ramai yang berada di sekitar pusat bandar berbuka puasa.

Selain Mawaddah Centre orang ramai juga berpeluang menikmati iftar percuma di Madinah Ramadan, Masjid Muhammadi dan Masjid Telipot.

Antara menu yang disediakan termasuk bubur lambuk, nasi minyak (ayam masak merah dan acar timun), nasi putih (ayam kerutuk) dan nasi putih (gulai kawah daging).