KUALA TERENGGANU – TD1303 hari ini menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat telkomunikasi Maxis dalam memperkasa pendigitalan kepada lebih ramai usahawan di Terengganu.
Pegerusi Jawatankuasa, Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata buat permulaan, seramai 120 usahawan dipilih untuk mengikuti kelas e-usahawan bersama Maxis yang merangkumi beberapa segmen termasuk webinar dan bengkel pemasaran digital.
Menurut beliau lagi, Sebagai rakan strategik digital, Maxis akan menawarkan produk dan perkhidmatannya termasuk penyelesaian perniagaan yang komprehensif untuk usahawan e-dagang dan syarikat berkaitan industri 4.0 yang beroperasi di Terengganu.”
“Kerajaan negeri melalui TD1303 pula akan membimbing usahawan yang berminat dengan program pendigitalan untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan Maxis termasuk memohon geran perniagaan digital dengan pelbagai pakej yang menarik,” katanya.
Tambahnya lagi, pemanfaatan teknologi digital untuk mentransformasi bisnes, perkhidmatan bagi menyediakan peluang pendapatan dan penciptaan nilai yang baharu telah membuktikan komitmen pentadbiran kerajaan negeri Terengganu dalam menghubungkan masyarakat dengan teknologi digital dan menyemarakkan penggunaan aplikasi digital dalam kehidupan.
Beliau yang juga Pengerusi TD1303 berkata kerajaan negeri yakin kerjasama itu akan memacu pembangunan ekonomi yang lebih rancak di Terengganu kerana usahawan akan didedahkan dengan kemahiran pemasaran digital, fotografi serta pengiklanan melalui platform dalam talian dan media sosial.
Turut hadir pada majlis pelancaran kerjasama Maxis dan TD1303 Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil serta Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut.
Sumber: UNIT BERITA MANIS FM