Mayat Hanyut di Sungai Triang Ditemukan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Mayat remaja dan kanak-kanak lelaki yang dihanyutkan arus semasa mandi di Sungai Triang berhampiran Pasar Ayam Kerayong, Bera pada Selasa lepas, masing-masing ditemukan pada malam dan awal pagi tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Muhammad Nik Iqmal Shah Ismail, 15, ditemukan pada 10.30 malam, kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian.

Mayat Muhammad Danial Irsyad Norazlan, 11, pula dijumpai terapung oleh orang awam pada 1.30 pagi, juga kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Pada 3.30 petang Selasa, kedua-dua mangsa dipercayai telah dihanyutkan arus deras selepas terlepas daripada pelampung semasa mandi di sungai itu bersama beberapa rakan sekolah.

Sumber : BERNAMA