Mayat Lelaki Indonesia Tersangkut Pada Dahan Pokok

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemui tersangkut pada dahan sebatang pokok getah di Ladang PKPP Sungai Ring, Charuk Puting, Temerloh pada Rabu.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin dipanggil bagi membantu membawa turun mayat lelaki terbabit.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan.Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 11.53 pagi.

Menurutnya, enam anggota ke lokasi untuk bantuan menurunkan mangsa yang awalnya hanya disangka tidak sedarkan diri.

“Mangsa berjaya dibawa turun namun disahkan telah meninggal dunia,” katanya.

Zulfadli berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

– SINAR HARIAN