MB Pahang sahkan telefon bimbit digodam

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuantan: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, mengesahkan yang telefon bimbitnya digodam sejak awal pagi ini.

Sehubungan itu, Wan Rosdy menerusi kenyataan media hari ini berkata, beliau akan segera membuat laporan polis bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini berhubung perkara itu.

“Saya memohon berbanyak maaf kepada semua pihak yang mungkin cuba berkomunikasi dengan saya menerusi telefon bimbit itu,” katanya.

Sumber: My Metro