MB Terengganu Jalani Pembedahan Lutut

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan perlu mengehadkan pergerakan fizikal susulan kecederaan ligamen lutut.

Setiausaha Politiknya, Muhyidin Abdul Rashid dalam satu kenyataan semalam berkata Ahmad Samsuri selamat menjalani pembedahan lutut atau ‘reconstruction and cartilage repair’ di sebuah hospital petang semalam. Doktor menasihatkan Ahmad Samsuri mengurangkan pergerakan yang boleh memberi kesan kepada proses penyembuhan yang dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya enam minggu.

Foto : UPDI

Pembedahan ini dilakukan kerana kecederaan dalaman pada ligamen lutut akibat daripada terseliuh kerana menahan badan dari jatuh semasa aktiviti riadah.

Mengulas lanjut, Muhyidin memaklumkan, Ahmad Samsuri walau bagaimanpun akan tetap berusaha untuk meneruskan urusan pentadbiran seperti mesyuarat kerajaan, agensi, syarikat berkait kerajaan (GLC) dan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti biasa. – BERNAMA